Thursday, 19 January 2012

Latihan 19 Januari 2012

Satu lagi latihan mingguan telah diadakan pada 19 Januari 2012 bertempat di Tapak Perhimpunan SMK King George Kelima telah berlangsung. Latihan ini memakan masa hampir 1 jam 30 minit dimana latihan bermula pada jam 3.30 hingga 5.00 petang. Seramai 16 orang ahli telah menghadirkan diri semasa latihan tersebut berlangsung. Walaupun cuaca panas terik, pesilat-pesilat ini tabah menjalani latihan mereka seperti biasa. Beberapa gerakan, bunga & jurus telah diajar pada sesi latihan ini. Terima kasih kepada jurulatih kami, En Asma'an yang sudi meluangkan masa untuk mengajar kami semasa sesi latihan ini dijalankan. Semoga Badan Unit Uniform terus kekal dan maju demi masa hadapan!




Friday, 13 January 2012

Latihan 12 Januari 2012

Satu latihan telah diadakan di tapak perhimpunan SMK King George V pada jam 3.30 petang hingga jam 5.00 petang. Seramai 16 orang telah menghadirkan diri semasa latihan tersebut dijalankan. Ini merupakan latihan pertama dalam tahun ini. Kesemua ahli silat bersemangat untuk menghadiri latihan ini setelah hampir 2 bulan tidak menjalani latihan silat. Terdapat 3 orang ahli baru daripada Tingkatan 1 juga turut hadir menjalani latihan tersebut. Jurulatihnya, En Asma'an, jurulatih kami sememangnya bersedia untuk mengajar kami dengan teliti dan berhati-hati. Beliau juga mengutamakan aspek keselamatan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Belia juga berharap agar lebih ramai lagi ahli yang dapat menghadirkan diri untuk menjalani latihan seperti ini. Latihan akan diteruskan seperti biasa pada hari Khamis jam 3.30 petang pada setiap minggu persekolahan.





Thursday, 12 January 2012

Ujian Naiktaraf Bengkung Ogos 2011

Satu Ujian Naiktaraf Bengkung telah libuat pada bulan Ogos yang lalu, seramai lebih kurang 10 orang ahli Silat Seni Gayung Fatani SMK King George Kelima terlibat. Bertempat di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah, jam 10 pagi hingga 5 petang. Kesemua ahli yang terlibat dalam ujian tersebut lulus dan mendapat pengiktirafan penaikan bengkung atau tali pinggang. Alhamdulillah! Majlis upacara menyarungkan bengkung kepada perserta dilakukan oleh Pengerusi Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk menyempurnakan upacara tersebut. Di bawah berikut merupakan beberapa foto yang sempat ditangkap oleh lensa kamera:















Wednesday, 11 January 2012

Assalamualaikum!

Assalamualaikum, saya selaku pengurus blog ini ingin mengucapkan selamat datang kepada blog rasmi untuk Badan Beruniform Silat Seni Gayung Fatani SMK King George V. Blog ini baru sahaja dicipta atas cadangan daripada guru penasihat kami. Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan dahulu guru penasihat kami. Terdapat 3 orang guru penasihat iaitu Puan Haslina bt. Dewa, Puan Yuzaimah serta Encik Azlan. Selaku Pengerusi Badan Unit Beruniform Silat Seni Gayung Fatani SMK King George Kelima 2012 pula dipegang oleh Muhd Syafiq b. Azman, jawatan bagi Naib Pengerusi pula dipegang oleh Radin Reza Husin b. Radin Khalid. Manakala, jawatan Bendahari dipegang oleh Amirul Firdaus dan jawatan Setiausaha disandang oleh Ahmad Jasly Johan. Jurulatihnya pula adalah, En Asma'an iaitu salah seorang daripada 4 orang jurulatih dari Pertubuhan Silat Gayung Fatani Malaysia cawangan Negeri Sembilan.



Selaku Jurulatih, En Asma'an


Syafiq b. Azman, Pengerusi 


Radin Reza Husin, Naib Pengerusi


Amirul Firdaus, Bendahari


Ahmad Jasly, Setiausaha


Syamil Shah, AJK Ting 4


Amirul Hakim, AJK Ting 3


Raif Aqil, AJK Ting 2

Saya berharap semoga Badan Uniform Silat ini akan terus maju dalam mencapai kecermelangan pada masa yang akan datang. Sekian.