Thursday, 19 January 2012
Latihan 19 Januari 2012
Satu lagi latihan mingguan telah diadakan pada 19 Januari 2012 bertempat di Tapak Perhimpunan SMK King George Kelima telah berlangsung. Latihan ini memakan masa hampir 1 jam 30 minit dimana latihan bermula pada jam 3.30 hingga 5.00 petang. Seramai 16 orang ahli telah menghadirkan diri semasa latihan tersebut berlangsung. Walaupun cuaca panas terik, pesilat-pesilat ini tabah menjalani latihan mereka seperti biasa. Beberapa gerakan, bunga & jurus telah diajar pada sesi latihan ini. Terima kasih kepada jurulatih kami, En Asma'an yang sudi meluangkan masa untuk mengajar kami semasa sesi latihan ini dijalankan. Semoga Badan Unit Uniform terus kekal dan maju demi masa hadapan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment