Friday, 13 January 2012

Latihan 12 Januari 2012

Satu latihan telah diadakan di tapak perhimpunan SMK King George V pada jam 3.30 petang hingga jam 5.00 petang. Seramai 16 orang telah menghadirkan diri semasa latihan tersebut dijalankan. Ini merupakan latihan pertama dalam tahun ini. Kesemua ahli silat bersemangat untuk menghadiri latihan ini setelah hampir 2 bulan tidak menjalani latihan silat. Terdapat 3 orang ahli baru daripada Tingkatan 1 juga turut hadir menjalani latihan tersebut. Jurulatihnya, En Asma'an, jurulatih kami sememangnya bersedia untuk mengajar kami dengan teliti dan berhati-hati. Beliau juga mengutamakan aspek keselamatan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Belia juga berharap agar lebih ramai lagi ahli yang dapat menghadirkan diri untuk menjalani latihan seperti ini. Latihan akan diteruskan seperti biasa pada hari Khamis jam 3.30 petang pada setiap minggu persekolahan.






























No comments:

Post a Comment